TEROKA MATEMATIK
Terciptanya blog ini demi memenuhi Tugasan KRT 3013.
Azlita bt Abd Rahman
D20112054090
Selasa, 27 November 2012
Selasa, 20 November 2012
KENALI ANAK DIDIKKU....TAHUN 1
Isnin, 19 November 2012
Ahad, 18 November 2012
TAHUKAH ANDA........
Kenapa Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang kertas Malaysia siri keempat?
Pengenalan wang kertas Malaysia siri keempat adalah untuk menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang lebih moden serta kemajuan teknologi terkini bagi mempertingkat penggunaan dan keselamatan siri wang kertas ini. Wang kertas siri baharu ini akan menggantikan secara beransur-ansur wang kertas sedia ada yang telah berada dalam edaran lebih dari 10 tahun.
Apakah denominasi bagi wang kertas Malaysia siri keempat?
Wang kertas Malaysia siri keempat ini dikeluarkan dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang kertas RM50 pula merupakan denominasi wang kertas Malaysia siri keempat yang pertama diperkenalkan bersempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 pada bulan Disember 2007.
Adakah terdapat ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas Malaysia siri keempat?
Ciri-ciri keselamatan pada wang kertas Malaysia siri keempat menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang lebih moden dan mengekalkan beberapa ciri keselamatan yang sedia ada.
Ciri-ciri keselamatan baharu bagi wang kertas Malaysia siri keempat ialah Potret Tera Air Piksel dengan Angka, Benang Kanta Mikro dengan petak berkilat berwarna. Ciri-ciri keselamatan yang sedia ada pula ialah Imej Tanda Bayang, Tingkap Pandang Telus, Benang Keselamatan dengan Warna Berubah-ubah, Tanda Pandang Telus, Cetakan Intaglio, Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan dan Cetakan Huruf Mikro.
DUIT..DUIT....
MARI MENGENAL WANG....<br />
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi
terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
Keajaiban alam semula jadi yang
mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu
yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan
pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api,
yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.
Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi
dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang
berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara
yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu
pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan
kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi
ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam
sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea),
yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan
berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas
RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui
muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu
Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada
cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi
peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti
manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan
bijaksana.
Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur,
iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis
pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar
di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang
dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli
Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal
Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang
mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah
Ghafarullahu-Lah.
Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros),
iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan
di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar
dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan
hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan
upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi
Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.
Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional
yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk
meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan
negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat
daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang
menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
Sabtu, 17 November 2012
Belajar Tambah
Mari belajar cara menambah dengan teknik yang menarik.Video ini agak bagus untuk dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin tahu mengenai tambah.
Sabtu, 3 November 2012
Langgan:
Catatan (Atom)